Sunday, March 16, 2008
Sunday, March 2, 2008
LATAR BELAKANG & SEJARAH PPD
Agensi Pusat telah meluluskan Penstrukturan Semula Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) melalui
Waran Perjawatan Bilangan S34 Tahun 2007 bertarikh 6 Februari 2007 atas kelulusan pembahagian semula/pewujudan 4(empat) PPD baru seperti berikut:
PPD Johor Baharu ( Gred A ) - Sedia ada
PPD Pasir Gudang (Gred A) - Baru
PPD Petaling Utama (Gred C) - Baru
PPD Kinta Utara (Gred A) - Sedia ada
PPD Kinta Selatan (Gred C) - Baru
PPD WilayahPersekutuan
Sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama terdiri daripada :
Sekolah Menengah 26 buah
Sekolah Kebangsaan 43 buah
SJK(C) 09 buah
SJK(T) 04 buah
Jumlah 82 buah
Enrolmen Guru dan Murid Daerah Petaling Utama
Guru SMK 2046
Guru SK 2730
Murid SMK 35415
Murid SK 52100
LOGO / LENCANA
BUTIRAN
1.Huraian Bentuk Logo
Bulatan – Kebebasan terpimpin, keterbukaan, harmoni, dinamik, adil dan saksama
Huruf ‘U’ dalam pelbagai dimensi – Dimensi tindakan yang pelbagai mendokong wawasan yang sama.
2.Huraian Warna
- Merah
Keberanian menghadapi cabaran dalam globalisasi pendidikan.
Bersemangat dalam memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada anak bangsa.
- Biru
Keharmonian – Bersama berusaha membentuk generasi wawasan negara ke arah pembentukan dan keseimbangan sahsiah ( Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek)
Kesepaduan – Bersatu hati, bekerjasama, berpasukan dan semua aktiviti.
- Kuning
Kesetiaan kepada raja dan kedaulatan undang-undang negara.
Menjaga kedaulatan bahasa dan bangsa
- Putih
Kesucian dan keikhlasan hati warga pendidik dalam usaha menjana pendidikan negara ke arah pembentukan insan kamil
3.Garisan tiga warna di kiri dan kanan
Menjalankan segala aktiviti yang diamanahkan dengan berani, bersemangat, harmoni, bekerjasama, taat dan patuh kepada undang-undang, dan disiplin berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara.
COGAN KATA - MISI - VISI
COGAN KATA
Jabatan Pelajaran Selangor Terbilang
MISI
Mengupayakan sistem pengurusan yang berkualiti dan berteraskan kepada dasar dan prinsip perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan berteraskan kepada dasar dan prinsip perkhidmatan awam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dengan
- Melaksanakan semua skop dan fungsi perkhidmatan di JPNSel berasaskan keperluan MS ISO 9001.
- Membangun dan melaksanakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Mewujudkan prasarana yang lengkap dan persekitaran kerja yang kondusif.
- Membangun dan menguruskan sumber manusia dalam bentuk latihan meningkat kecekapan di kalangan warga jabatan.
- Memastikan pencapaian akademik, kokurikulum dan sukan sekolah menengah dan rendah sentiasa cemerlang di peringkat kebangsaan.
- Memastikan setiap pelanggan yang berurusan dengan jabatan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi.
VISI
Saturday, March 1, 2008
Selamat Datang Ke blog PPD Petaling Utama
1.1 LATAR BELAKANG PPD PETALING UTAMA
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama merupakan PPD yang baru ditubuhkan dengan kelulusan Agensi Pusat melalui surat Kementerian Kewangan B(6.00)202/1/2-24 JD.24 (4) bertarikh 7 Februari 2007. PPD baru ini adalah berkategori C dengan jumlah 29 perjawatan seperti yang diluluskan melalui Waran Perjawatan Bil.S34 bertarikh 5 Februari 2007. Pada peringkat awal, pejabat beroperasi secara menumpang di Pejabat Pelajaran Petaling Perdana mulai 1 April 2007 sehingga 28 Oktober 2007. Kini pejabat beroperasi di premis baru di Tingkat Bawah dan Tingkat Empat Wisma Glomac 3, Kelana Jaya mulai 1 November 2007. Kawasan pentadbiran PPD Petaling Utama meliputi seluruh kawasan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya iaitu kawasan Petaling Jaya, Damansara, Bandar Utama dan Kota Damansara. Pembahagian persempadanan ditunjukkan melalui peta di Lampiran A. Pada asalnya sekolah-sekolah di kawasan Subang, Subang Jaya, Shah Alam dan Petaling Jaya diletakkan dibawah satu PPD iaitu PPD Petaling. Akibat dari pertambahan murid dan sekolah, PPD Petaling dilihat tidak sesuai menguruskan jumlah sekolah yang begitu besar. Oleh itu, PPD Petaling dipisahkan kepada dua PPD iaitu PPD Petaling Utama dan PPD Petaling Perdana. Secara langsung, sekolah-sekolah berkenaan turut dipisahkan mengikut zon-zon yang ditetapkan iaitu sekolah-sekolah di kawasan Subang Jaya, Subang dan Shah Alam diuruskan oleh PPD Petaling Perdana. Manakala sekolah di kawasan Petaling Jaya, diuruskan oleh PPD Petaling Utama.
1.1.1 Pentadbiran PPD Petaling Utama merangkumi 56 buah sekolah rendah dan 26 buah sekolah menengah dengan sejumlah 4,776 orang guru, 526 orang staf sokongan dan 87,515 orang murid (data berakhir Jun 2006; sila rujuk Jadual 1 di bawah). Bilangan kelas pula adalah berjumlah 2,501 buah.
PERKARA | JUMLAH | JUMLAH | |
MENENGAH | RENDAH | ||
SEKOLAH | 26 | 56 | 82 |
KELAS | 1065 | 1,436 | 2,501 |
GURU | 2,046 | 2,730 | 4,776 |
STAF SOKONGAN | 286 | 240 | 526 |
MURID | 35,415 | 52,100 | 87,515 |
Jadual 1: Jumlah Sekolah, Kelas, Guru, Staf Sokongan dan Murid Pentadbiran PPD Petaling Utama
1.1.2Pada masa ini, pengoperasian pejabat telah bermula sepenuhnya setelah penyerahan pentadbiran dilaksanakan secara rasmi oleh Pengarah Pelajaran Selangor pada 1 Ogos 2007 yang lalu. Walau bagaimanapun 29 jawatan hakiki PPD Petaling Utama yang telah diluluskan masih belum diisi sepenuhnya. Lima jawatan hakiki masih belum diisi, sementara satu jawatan hakiki yang telah diisi telah dipinjamkan ke Jabatan Pelajaran Selangor.
1.1.3 Dari jumlah 29 perjawatan, hanya 15 dari 17 jawatan pegawai telah diisi (dua belum diisi) dengan seorang pegawai dipinjamkan ke JPS (jumlah yang tinggal adalah 14 jawatan pegawai) dan hanya sembilan dari 12 jawatan kakitangan sokongan telah diisi. Pada masa ini, terdapat kesukaran bagi pegawai dan kakitangan sokongan menjalankan tugas kerana kekurangan sumber manusia yang amant ketara, selain dari kekurangan peralatan.
1.1.4 Walaupun rasional perjawatan yang diluluskan adalah berdasarkan kategori atau gred PPD, iaitu Gred C, tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tidak berkurangan berbanding PPD Gred B dan A (sila rujuk Lampiran B untuk melihat perbandingan jumlah perjawatan antara PPD negeri Selangor). Pada masa yang sama, pembangunan bagi Daerah Petaling adalah amat pesat dengan kepadatan pendudukan yang semakin meningkat. PPD Petaling Utama juga berhadapan dengan pelanggan yang kebanyakannya dari status sosial yang sederhana dan tinggi, yang juga mempunyai ekspektasi yang amat tinggi terhadap kemampuan PPD dalam melaksanakan tugas.