Saturday, March 1, 2008

Selamat Datang Ke blog PPD Petaling Utama


1.1 LATAR BELAKANG PPD PETALING UTAMA

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama merupakan PPD yang baru ditubuhkan dengan kelulusan Agensi Pusat melalui surat Kementerian Kewangan B(6.00)202/1/2-24 JD.24 (4) bertarikh 7 Februari 2007. PPD baru ini adalah berkategori C dengan jumlah 29 perjawatan seperti yang diluluskan melalui Waran Perjawatan Bil.S34 bertarikh 5 Februari 2007. Pada peringkat awal, pejabat beroperasi secara menumpang di Pejabat Pelajaran Petaling Perdana mulai 1 April 2007 sehingga 28 Oktober 2007. Kini pejabat beroperasi di premis baru di Tingkat Bawah dan Tingkat Empat Wisma Glomac 3, Kelana Jaya mulai 1 November 2007. Kawasan pentadbiran PPD Petaling Utama meliputi seluruh kawasan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya iaitu kawasan Petaling Jaya, Damansara, Bandar Utama dan Kota Damansara. Pembahagian persempadanan ditunjukkan melalui peta di Lampiran A. Pada asalnya sekolah-sekolah di kawasan Subang, Subang Jaya, Shah Alam dan Petaling Jaya diletakkan dibawah satu PPD iaitu PPD Petaling. Akibat dari pertambahan murid dan sekolah, PPD Petaling dilihat tidak sesuai menguruskan jumlah sekolah yang begitu besar. Oleh itu, PPD Petaling dipisahkan kepada dua PPD iaitu PPD Petaling Utama dan PPD Petaling Perdana. Secara langsung, sekolah-sekolah berkenaan turut dipisahkan mengikut zon-zon yang ditetapkan iaitu sekolah-sekolah di kawasan Subang Jaya, Subang dan Shah Alam diuruskan oleh PPD Petaling Perdana. Manakala sekolah di kawasan Petaling Jaya, diuruskan oleh PPD Petaling Utama.

1.1.1 Pentadbiran PPD Petaling Utama merangkumi 56 buah sekolah rendah dan 26 buah sekolah menengah dengan sejumlah 4,776 orang guru, 526 orang staf sokongan dan 87,515 orang murid (data berakhir Jun 2006; sila rujuk Jadual 1 di bawah). Bilangan kelas pula adalah berjumlah 2,501 buah.

PERKARA

JUMLAH

JUMLAH

MENENGAH

RENDAH

SEKOLAH

26

56

82

KELAS

1065

1,436

2,501

GURU

2,046

2,730

4,776

STAF SOKONGAN

286

240

526

MURID

35,415

52,100

87,515

Jadual 1: Jumlah Sekolah, Kelas, Guru, Staf Sokongan dan Murid Pentadbiran PPD Petaling Utama

1.1.2Pada masa ini, pengoperasian pejabat telah bermula sepenuhnya setelah penyerahan pentadbiran dilaksanakan secara rasmi oleh Pengarah Pelajaran Selangor pada 1 Ogos 2007 yang lalu. Walau bagaimanapun 29 jawatan hakiki PPD Petaling Utama yang telah diluluskan masih belum diisi sepenuhnya. Lima jawatan hakiki masih belum diisi, sementara satu jawatan hakiki yang telah diisi telah dipinjamkan ke Jabatan Pelajaran Selangor.

1.1.3 Dari jumlah 29 perjawatan, hanya 15 dari 17 jawatan pegawai telah diisi (dua belum diisi) dengan seorang pegawai dipinjamkan ke JPS (jumlah yang tinggal adalah 14 jawatan pegawai) dan hanya sembilan dari 12 jawatan kakitangan sokongan telah diisi. Pada masa ini, terdapat kesukaran bagi pegawai dan kakitangan sokongan menjalankan tugas kerana kekurangan sumber manusia yang amant ketara, selain dari kekurangan peralatan.

1.1.4 Walaupun rasional perjawatan yang diluluskan adalah berdasarkan kategori atau gred PPD, iaitu Gred C, tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tidak berkurangan berbanding PPD Gred B dan A (sila rujuk Lampiran B untuk melihat perbandingan jumlah perjawatan antara PPD negeri Selangor). Pada masa yang sama, pembangunan bagi Daerah Petaling adalah amat pesat dengan kepadatan pendudukan yang semakin meningkat. PPD Petaling Utama juga berhadapan dengan pelanggan yang kebanyakannya dari status sosial yang sederhana dan tinggi, yang juga mempunyai ekspektasi yang amat tinggi terhadap kemampuan PPD dalam melaksanakan tugas.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Saya ibu kpd seorang murid thn 3 & bakal murid thn 1 yg bersekolah di salah sebuah sekolah seliaan PPD Kelana Jaya. Saya dan suami akan berpindah rumah krn perpindahan tpt kerja/pejabat/syarikat. Dengan itu, anak saya juga terpaksa saya pindahkan ke sekolah yg berdekatan dgn rumah baru kami. Saya cuba menguruskan pertukaran anak saya pd musim cuti ini, malangnya tidak dibenarkan oleh pihak sekolah atas alasan arahan PPD.
Persoalan saya:
*Apakah rasional arahan ini (kalau betul)? Krn pihak sekolah tidak dpat menunjukkan arahan hitam putih drp pihak PPD.Pihak sekolah mengatakan pertukaran hanya boleh dibuat selepas seminggu bersekolah...macammana kalau perpindahan pejabat saya melibatkan tpt yg jauh? Cthnya kalau saya berpindah ke kg halaman di Kota Bharu, adakah utk tempoh seminggu pertama persekolahan saya terpaksa cuti kerja, sewa hotel di Kota Damansara semata2 utk persekolah anak saya selama seminggu sbg syarat pindah sekolah?

Saya benar-benar memohon jawapan & penerangan drp pihak tuan/puan kerana saya benar2 keliru dgn arahan & syarat tersebut.

Tuan Azma Tuan Mat
017-2904808